Sehari Di Spotlight

by - Friday, October 20, 2017

Assalamualaikum wbt


Well, aku ni seorang yang sangat sangat sukaaaaaaaaaaaa pergi tempat-tempat macam Mr DIY sebab barang banyak dan murah! Kadang-kadang kan kalau pergi tempat-tempat macam ni, benda-benda yang rasa tak perlu pun rasa macam nak beli. Sebab apa? Ya, sebab murah!


Or kalau tak sebab murah pun, aku suka pergi sebab suka tengok-tengok barang. Kadang-kadang kalau kita pergi pun bukannya sebab nak beli sangat. Just nak cuci mata so that bila di masa depan ada benda-benda kita nak beli, kita dah tahu nak beli dekat mana. Kann? Hahhaa bijop bijop


So aku ada tengok YouTube pasal kedai Spotlight and aku macam "eh eh nak pergi siniii!" Tapi entah macam mana entah, masa aku p Ampang Point baru-baru ni, dari dalam kereta aku dah nampak signboard "Spotlight" Apa lagi, terus melencongggggg masuk dalam parking space hahaha



Spotlight dekat Ampang Point dekat level-level atas yee. Masa mula-mula aku masuk, aku terus macam "wah wah wah" Aku tak tahu nak cakap apa tapi aku suka betul dengan benda-benda yang macam tue. Alaa benda apa? Susah nak cakap tauu tapi aku suka. Macam tengok-tengok barang dapur, benda-benda kraftangan, pinggan mangkuk yang cantik-cantik. barang-barang untuk buat cake or party -- aduhaii, suka betul cuci mata! Hahaha


So dekat Spotlight, semua benda tu ada. Aku macam rambang mata jugak lah tengok semua barang-barang tue. Dalam otak aku "okay nanti nak beli ni", "nanti nak beli tu" Hahahha sebab sebenarnyaa unplanned pun nak datang Spotlight nieee hihihi

Contohnya macam ni.
LOOK AT THAT COLOUR
Siapa berani tampal benda ni dekat baju kahwin dia? hahahha

Patches ni mostly hargnyaaa dalam RM 20 ke atas, tapi size dia besar, tak kecik -- agak-agak besar size tapak tangan korang tu lah. Cantikk tapi aku macam "okay, kalau aku beli, aku nak tampal dekat mana?" Kalau dah agak-agak krik krik tak ada jawapan, dah letak balik. Move on to next station!


Inilah dia tips berbelanja ye, always ask yourself either do you REALLY need that stuff or its JUST your lust hahhahaha Berjaya okayyy buat tips nii hahaha

Kotak simpan alat menjahit

Bekas kotak menjahit ni adalah palinggggggg best pernah aku tengok! Dia macam rotan dekat luaran dia tapi dalaman dia adalah seperti di dalam gambar. Boleh letak macam-macam benda especially khas untuk alatan menjahit lah. Ada beberapa size, makin besar makin mahal #Hipotesis


Harga? Paling kecik rasanyaaa RM 89 kot ~ yang dalam gambar ni adalah size paling kecik. Very very convenient you knowwww ~


Kain-kain
I love how they arrange all the kain according to their colours
Nampak cantik kan? Padahal kain kosong jeee
Black and white

Kain-kain ni semuanya kain cotton kot. Satu meter, RM 24. Rasanya lah. Kain dia memang nampak high quality sebab tak nipis pun. Boleh buat macam-macam dekat kain macam ni, nak buat blouse pun boleh, nak buat tudung pun boleh


All you can do is datang sini dan tanya je dekat staff dia pasal jenis kain yang kau nak, nanti diorang akan suggest. Aku rasa fashion designer nak cari kain pun dekat sini sebab ada macam-macam jenis kain. Kain organza, kain fabrik untuk buat selimut and ada macam-macam corak.


Orang macam aku bila dah tengok benda-benda macam ni rasa macam hilang pedoman pulak hahahah Sebab macam "ya Allah, this is where I belong!"

Tu tu, sambil tengok-tengok kain, sambil-sambil raba kain
Amik feel katanya haha

Yes! Aku lupa apa nama kain ni, tapi kain ni sangat sesuai untuk di buat selimut
Sebab lembut dan ringan. Best! Dah lah ada macam-macam corakk! Ei geramm!

Lepas dah settle bahagian kain, kau berjalan pulak ke arah bahagian kraftangan. Hmm terlalu seronok sangat tengok sampai lupa pulak nak snap gambar. Aku sempat snap beberapa keping je lepas tu "aaaaa persetankann! Yang penting aku nak cuci mata" hahahhaha 


Ini antara barang yang khas untuk kraftangan :)
Haa ni barang-barang untuk buat party wowowoow
Lepas tu dah settle tengok barang-barang party dan kraftangan, aku pergi dekat bahagian barang-barang dapur pulak. Weyh weyh masa ni tak sempat dah nak tengok betul-betul sebab masa ni rushing nak balik sebab ada kerja lain Y.Y Sedih sebab tahu tak puas lagi tengok barang


Tapi hello, sempat okayy aku snap beberapa gambar hahahha

Cantik takk? Tapi kalau dah letak lauk, dah tersorok bunga tue so okay,
tak payah beli

Ini pun macam cantik jugak. Harga RM 69

mysaranewrie
Psst - kalau nak tahu apa yang aku pakai di muka, boleh boleh rujuk di IG @maiserum ! 
P tengok lekassssssss!

"kalau beli ni boleh letak sebagai hiasan, letak brooch ke, letak sos cili ke"
antara monolog dalaman aku haha

So yeah -- itulah antara benda yang aku suka, suka tengok barang-barang tapi tak beli pun. Hahaha yes! Punyalah lama aku dalam Spotlight, tapi aku tak lepak pun. Aku cuma tengok-tengok and survey. Sebab bagi aku, its better to know and survey macam ni so that nanti kalau ada apa-apa, aku dah tahu dekat mana nak pergi :D


Dan tak semestinya singgah kedai-kedai mcam ni akan terus beli kann? Just macam nak tengok dan kebetulan ada benda yang betul-betul kita perlukan, beli je lah hahaha


Kalau ada orang tanya aku pasal harga, aku rasa tak adalah murah macam Mr DIY tauu. Depends pada barang apa yang kau nak beli and pleasee girls, always make comparison!

Mini wooden clips

Contohnya macam ni. Dekat Mr DIY aku boleh dapat dalam 30 pcs mini wooden clips dengan harga tak sampai pun RM 3. So cheap kann? Kalau dekat Spotlight, ada 5 wooden clips yang besar dan mini wooden clips around 6 pcs -- dengan harga RM 24


Okay, marilah kita setia pada Mr DIY untuk lekas-lekas penuhkan tabung kahwin kita


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments