[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Thursday, August 11, 2016

8 Tips ke Cameron Highlands Yang Perlu Anda Tahu!

Assalamualaikum wbt


Memandangkan dalam masa kurang 10 bulan aku dah dua kali pergi ke Cameron Highlands, ramailaaaaa kawan-kawan aku duk whatsapp tanya pasal nak pergi sana macam mana, tidur hotel mana etc hahahha

Masa p Cameron Higlands baru-baru ni di Cameron Valley

So meh sini aku nak share tips ke Cameron Highlands! Tips ni sesuai untuk diaplikasi kan untuk korang yang nak pergi dengan kawan-kawan. Kalau dengan family, mungkin ada perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan, seperti hotel dan bajet. Terpulang laa pada korang okay?


1) Nak pergi Cameron Highlands ada dua jalan ; iaitu dari Tapah dan Simpang Pulai. Kalau korang dari KL, naik melalui Tapah. Kalau korang dari utara, naik Simpang Pulai. Get it?


Cuma jalan naik ke Tapah memangggggggg jalan yang bengkang-bengkok macam ular dipalu. Faham tak? Jalan memang betul-betul muat satu kereta and agak mencabar jugak sebab corner memang tajam. So haruslahhhh kena pemandunyaa seorang yang expert dan berhati-hati.

Dua kali p Cameron, dua kali Iman jadi pemandu kami hihihi

Jalan melalui Simpang Pulai pulak okayy, besar tapi tetapp bengkang-bengkok jugak. Cuma bezanya, kalau korang dari KL nak naik Cameron Highlands melalui Simpang Pulai, masa perjalanan tu akan bertambah sejam. So terpulanglah pada korang okay? :)


Nasihat aku, better naik dan turun Cameron Highlands before waktu malam okay? Bahayaa jugak kalau nak pergi Cameron tu waktu malam-malam sebab kabus dan jalan licin kalau hujann


Oh ya, disebabkan jalan dia yang bengkang-bengkokkkkkkkkkk, tolonglah makan pil yang bagi tahan muntah tu 2 jam before korang gerak ke Cameron. Sebab ianyaaa sangat-sangat membantu untuk korang tak rasa pening dan nak muntah-muntah dalam kereta. Come on, kita pergi Cameron kan nak having fun kan? Hihihi Selalunyaaa ada je dekat Petronas atau farmasi. Kena tanya dekat kaunter, dalam RM 5 ke RM untuk 6 biji pil 


2) Kereta. Aku dan kawan-kawan aku memang naik Cameron guna kereta Myvi je. Alhamdulillah okayy. Cuma yang masa second trip pergi, memang fully loaded kereta sebab penuh dengan beg dan banyakkkkkkk barang-barang yang kitorang beli macam jagung, sayur-sayuran dan strawberry dan jugak petai! Hahahahah So terpulang pada korang nak guna kereta apa. Make sure cek dulu keadaan kereta before naik ke Cameron okay?


3) Duit. Hmm aku sebenarnya lupa dah bajet kitorang sebenarnya. Tapi untuk kereta, duit minyak, tol dan hotel, aku dan kawan-kawan aku estimates dalam RM 150. Makan minum, shopping barang-barang tu memang kamiii guna duit sendiri je. Bajet RM 150 ni adalah untuk dua malam di Cameron okay


4) Tempat menarik. Well ~ kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh pergi baca kisah aku dan kawan-kawan ke Cameron di SINI dan SINI. Atau korang boleh je nak Google tempat-tempat menarik. Memang aku based on Google je kalau nak tahu apa-apa kan? Hahahha


Kalau nak tahu lagi banyakkk, boleh tengok dekat link nii https://www.facebook.com/thevocket/videos/1748668852056754/. Memang recommended korang untuk pergi di tempat-tempat tersebut. Tapiiiiiiiiiii yang paling WAJIB adalah pergi ke Boh Sungai Palas okay! Situlah tempat shooting Ombak Rindu tuuu hahhaha

Ye anak-anak. Sini tempat wajib korang kena pergi


Ahahaha cantik ke idookk?

5) Hotel. Kalau korang yang memang bajet lebih, bolehlah amik hotel yang mewah sikit atau booking onlineee je. Tapiii kalau korang jenis yang nak berjimat, aku suggestkan korang just walk in je mana-mana hotel yang korang rasa okayy. Survey dulu hotelnyaa. Memang amik masa sikit lah kann


Macam aku dan kawan-kawan aku, kitorang memang stick dengan satu hotel ni. Hotel Sentosa. Murah je harganya. Tapi aku dah lupa pulak harganyaaa hahahah Sorry! Hotelnyaa dekat dengan Pasaraya Jimat. Kalau nak senang, korang waze je hotelnyaa. Dia dekat atas kedai mamak macam tue.

Haa ni lah Hotel Sentosa ni! Hihihi Bilik okay-okay je
Yang penting, ada air panas untuk mandi! Hahahhaa

Oh yaa, mostly harga hotel akan murah kalau korang pergi weekdays. Kalau pergi weekend memang akan mahal. So rancanglah perjalanan trip korang ke Cameron dengan baik okay? :)


6) Safety. Okay, part ni memang kena tekankan. Mostly jalan ke Cameron memang naik turun bukit, naik turun tangga. Pleaseee jangan pakai heels laa hahaha Kalau pakai sport shoes pun okay. Oh ya, kereta pun pleaseeeeeeee make sure p cek dulu keadaan tayar dan enjinnya dulu okay!


Kepada girls, kalau bolehhhhh make sure trip korang nanti ada lelaki bersama. Sebab pernah masa kitorang pergi, kitorang kena kacau dengan dua orang mamat yang naik kereta. Duk follow je kereta kami waktu malam masa kami duk mengular cari hotel masa 1st time pergi sana. Lepas tu siap hon hon kan kereta kami. So beware yee


And please jangan nak excited sangat! Macam biasalah, pergi tempat orang kenalah hormat kan? Sebab kami pernah kena 'kacau' dengan benda tue masa on the way nak naik ke Cameron. Malas nak cakap lebih tapi Alhamdulillah, tak ada pape lepas tu cuma agak scary jugak lah sebenarnya hewhewhewhew


7) Tempat makan. Okay yang ni memang macam problem sikit hahahhaa Sebab macam kedai makan banyakkkkkkkkk tapi macam eh tak ada pun. Kalau ada pun, macam kena amik set sahaja. Tak boleh order-order. Kalau ada kedai makan yang okay, tapi tak sedap dan mahal. So pandai-pandai lah korangg nak figure out kedai makan mana yang okay. Ada yang kedai okay tapi tutupp pulekk -.- Sabor aje lahh hahaha


Selalunya aku dengan kawan-kawan aku akan pergi kedai makan yang sama je. Kalau waktu malam, boleh try pergi dekat kedai Anis Tomyam rasanya. Betul-betul kedainya terletak seberang dengan Starbucks di Cameron. Okaylahh ~ Waktu siangg kitorang makan ikut dan je mana yang ada hahhaha

Steamboatt! Tapi kurang sikit lah rasanya
Yang ni je yang sedap! Hahahha


8) Pakaiannn! Okay tadi aku ada mention pasal pakai sport shoes kan? Now, pleaseeeeeeee be prepared untuk bawak stoking dan baju sejuk! Waktu malam memang sejukk. 


Kebetulan masa aku dengan kawan-kawan aku pergi untuk second trip, cuaca memang sejuk dan mendung. Petang-petang je dah start hujan so faham-faham kan je lah, waktu malam dia memang sejukk! Hahahhaa Besttt tapi tu lah ~ time tidur, memang aku pakai stoking, baju sejuk dan selimut.

See, kan kabus kabus tueeeee. Sekali angin tiup, sejukk!

Hmm apa lagi eyh yang nak diceritakan? Hahahah alamakk macam tak ada pulak! So memang itu je lah yang boleh aku sharekan dekat korang semua. Kalau nak info lebih lanjut, boleh je korang Google sebab trust me, aku pun buat benda yang sama jugak. Memang akan ramai bloggers lain yang akan rajin tulis pasal trip ni termasuk aku


Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh je tweet aku dekat Twitter. Boleh jugak tengok dekat IG aku, adalah jugak sekeping dua gambar yang aku uploadddddddd. Penipu laa sekeping dua -.-


Okay bye bye semua! Lepas ni tak tahu pulak nak pergi mana. Haritu plan nak pergi Pangkor end of this August tapi kena cancel sebab member tak dapat cutiiiiiiiiiii hahahahaha takpelah, nak buat macam mana :)


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts