Cameron Highland, again! :D

by - Monday, July 25, 2016

Assalamualaikum


Al kisahnya memang plan untuk bercuti ni memang tak jadi pun. Sebab ada beberapa masalah. Tapi entah macam mana entah, biasalahhh ~ datang otak menggila, terus macam "okay jom pergi Cameron Highland!" Esoknya lepas Subuh terus pergi! :D Gigih tauuu masing-masing bangun awal pagi sebab excited nak pergi :)


Sampai je dekat Lata Iskandar, kitorang berhenti sebab nak bergambar. Actually, kitorang baru je pergi Cameron tahun lepas tapi singkat sangat masanya sebab 1 malam je. So kali ini kitorang pergi 2 malam so memang kitorang gunakan sepuas-puasnyaaa masa yang ada! 

Air terjun! Tapi tak boleh mandii -.-
Whylaaa tak boleh mandii -.-

Lepas dah puas bergambar, kitorang teruskan perjalanan. Singgah kejap dekat Cameron Valley eyh? Aku pun ingat ingat lupa nama tempat dia. Konon nak minum-minum tapi end up, semua turun bawah and amik gambar puas-puas! Hahahhaah dah lah masa tu cahaya tengahari elok je memancar-mancar so semua gambar nampak perfectt for selfie! :D


Tak caya? Nah ni buktinyaaa 

Semua orang sibuk selfie and snapchat hahha

Eh saya pun sama jugaaaa hahahah :D
Its feel good to come back here, again with these gang! :D

So lepas dah puas bergambar, kitorang terus check in Hotel Sentosa. Ni kali kedua kitorang tidur di hotel yang sama. Bilik dia biasa-biasa je dan murah so kira okaylah untuk kitorang-kitorang ni yang just untuk bermalam je. Sebab kalau hotel or apartment biasa, memang mahal. Membazir pulak sebab kitorang konfem banyak lepak dekat luar hotel dari dalam bilik kann hehehe


Lepas check in (dan mandi dan tukar baju semua), kitorang terus shoot ke Muzium Time Tunnel. Sebenarnya tempat ni Khalis yang jumpa and lepas tengok-tengok, aku pun macam "Okay jom pergi!" sebab aku memang suka pergi muzium. Dewasa RM 6, tutup pukul 6 petang okayyy


Well, aku rasa Muzium Time Tunnel ni SANGAT RECOMMENDED bagi orang-orang yang nak throwback zaman-zaman kanak-kanak dulu! Semua bendaaaaaaaaaaaaaa yang lama-lama, yang dari zaman kita kecik dari permainan, benda-benda yang memang dah tak ada zaman era teknologi sekarang ni, semuaaaaaaaaanyaaa ada dekat muzium ni. Sumpah best weyh, bagi aku la hihi Aku enjoy giler every part of the museum. Selalunyaaa kan muzium tahun-tahun sebelum merdeka, tapi Muzium Time Tunnel ni ibaratnya macam dari zaman 80-an laa, which is zaman yang kita sendiri lalui. So thats why I'm so excited! :D

Mana nak cari tin-tin ni zaman sekarang ni weyh?

Muzik zaman dulu-dulu
  
Dapur orang lama-lama
WEYH SUMPAH EXCITED SEBAB AKU MEMANG SUKA
BENDA-BENDA MACAM NIE!
  
Kedai gunting rambut dulu-dulu,
tu tu ~ jenama Brylcream hihihi

Dalam almari ni, ada semua permainan kita zaman kanak-kanak dulu

Radio lama, masih berfungsi macam biasa tauu!
Main mahjongg :D
Hai hihi
Innocent jugak muka aku masa ni mihmihmihh

Okay tu je lah kot gambar yang aku boleh sharekan dengan korang. Kalau nak pergi, korang waze or Google Maps je. Tak jauh sangat pun dengan Hotel Sentosa yang kitorang stay nie. Bagi aku seorang yang suka dengan muzium dan barang-barang lama, aku memang suka muzium nie. Sebab ianya buat aku #throwback dengan benda-benda lama hihi


So lepas dah lepak dekat muzium dan puas bergambar, balik hotel! Bak kata Anas "baru sampai dua tempat, dah habis Kodak dah nie!" Hahahhahahaha Then, kitorang nak pergi ke Mossy Forest sebab Iman and Khalis plan nak hiking dan aku pulak macam 50-50 nak join atau takk tapi sport shoes dan sport attire semua dah bawak. Kitorang mampu pergi separuh jalan je sebab jalan dia tak berapa elok sangat kalau nak naik dengan kereta, dengan air tanah yang kuning oren tu duk melimpah-limpah. Risau jugak so end up, patah balik dan balik hotel. Insha Allah ada peluang nanti, kita pergi Mossy Forest yeee sebab tempat tu sangat lawa weyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *nangis*


Balik hotel dan makan maggi. Masa ni memang lapar yang tak boleh nak tahan sampai ke malam hahaha so alas perut dengan beli Maggi. Kebetulan dekat dengan Hotel Sentosa ada Pasaraya Jimat. Weyh semua bendaaaaaaaaaaaa ada dekat situ! Kau nak apa? Semua ada. Serius tak tipu hahha Memang terbaik laaa kedai tue. So beli maggi, naik bilik dan makan. Sedapnyaaa ya Allah. Makan maggi panas-panas dengan cuaca sejuk, memang the best feeling ever I told ya!

On the way nak pergi Mossy Forest, sempat singgah tepi jalan sebab nak ambik gambar hihihi

Lepas Isyak kitorang keluar untuk cari makannnnn! To be honest, kedai makan macam banyak tauu tapi entah lah ~ aku rasa macam kedai makan limited sikit. Ada satu kedai steamboat tu, kitorang dah pernah pergi before this tapi tak adalah sedap mana pun, harga pun boleh tahan mahal. Ada satu kedai nie, dia cuma ada set makanan sahaja. Tak boleh nak order satu-satu macam yang biasa kita order kann. So end up kitorang makan dekat Anis Tomyam rasanya, betul-betul depan Starbucks dekat Cameron tue hehehe 


Oh ya, jangan lupa yeee bawak dan pakai baju sejuk! Waktu malam memang sejuk, esp masa kitorang pergi baru-baru nie, petang-petang je dah start hujan sampai malam :)

Anti social je memasing sebab sibuk upload gambar yang siang tadi punya hahha

Esok paginya, kitorang pergi ke Lavendar Farm. On our previous trip ke Cameron, Iman ajak masuk Lavendar Farm tapi semua orang macam tak nak. So kali ini, marilah kita tunaikan impian dia hahahhahahah So mari lah kita semua masuk. Berapa RM eyh? Lupa pulak aku harga dia. RM 6 - RM 8 kot hehehhee


Dalam dia ada kebun bunga lavendar, kebun bungaaa-bunga tapi ada certain tempat tu kena bayar bila nak bergambar, so malas aaaaa nak bergambar sangat. Bunga pun boleh petik, sekuntum RM 2. So takpayahlah hahahhaha Tapi korang kena try aiskrim Lavendar dia! Sedap laaa! Hehehe Aku beli strawberry coklat dan ubi rebus jee, sedap weyh makan time panas-panas dengan cuaca sejuk pulakk hehehehe Kitorang banyak habiskan masa dengan amik gambar dekat sini je lepas tu pulak hujan. So lagilah lama kitorang lepak-lepak dekat sini sambil upload gambar dekat IG hehehehe  

Hai bunga-bunga! Jumpa lagi!

Bunga Lavendar dekat belakang kitorang tu hehehhe

Cantik kan gambar ni Iman snap?

Tapi bila foreigner amik gambar kitorang, terus tak cantik -.- Hadoi sabar je lahh

Lepas tu, kitorang nak pergi ke MARDI AgroTech Cameron Highlands. RM 3 je bayarnyaaa dan macam-macam boleh buattt tapi masalahnyaaaaaaaaaaaaaaaaa masa tu start hujan! Hujan manja-manja jee tapi lebat. Kitorang nak redah pun konfemmm macam akan basah je bajunya. Puas kitorang tanya akak kaunter tu kot-kot diorang provide payung or baju hujan je ke kann tapi nonnn hadoo. So end up kitorang punn, apa lagi selfie laaaaaaa lagi hahahah

Ni, niii. Apa ni? hahhaha
So lepas dah puas bergambar bawak pondok dekat MARDI tu, kitorang pergi kee BOH Tea Plantation di Sungei Palas. Tempat ni sangat WAJIB untuk korang pergi kalau dah pergi Cameron okayy! Alaa ni kan tempat shooting Ombak Rindu tue hahahhaha Dan dan kawan-kawan aku semua nie duk ulang tayang babak dalam cerita Ombak Rindu bila dah sampai sini hahahha


Kitorang sampai je dekat sini, terus order macam-macam teh, roti, chocolate roll dan scone. Datang sini sebelum 4.30 petang tauu sebab masa tu akan ditutup. Disebabkan Iman dah biasa bawak drive dekat sini, so kitorang manage sampai around 3.30 petang macam tue hahahaha Nasib baik sempat. Sebab dekat sinilah highlight dan aim kitorang datang Cameron tauu hahahah

High tea :D Jemput minum !

Teh susu! Credit pic to Iman

Aku order set scone, RM 8 tak termasuk teh. Sedap makan bila panas-panas.
Bila sejuk, dah kureng sikit rasanyaaa hehehe
Credit pic tu Iman
Lepas makan, sempat laaa jugak kitorang bergambar dekat anjung tuu. Tapi lighting diaaa gelap laaa so end up kitorang selfieeee je menghadap cahayaaaaa so gambar semua baru nampak cantik! Hahahha

Haaaa barulah berseri kann muka kitorang?
Ececehhh ~ hahahhaha
Masa tengah sibuk bergambar, orang dekat situ pulakkkkkk sibuk nak tutup dah kedai sebab dah jam 4.30 kann? So kitorang lari, pergi ke belakang kedai diaaa. Subhannallah, pun cantik jugak pemandangan diaaaaa! Lagilah memasing sibukkk nak bergambar dan selfie hahahaha 

Rindu dah dekat korang nieee

Hewhewhewhew

Penat sikit laaaa nak naik atas tue sebenarnya hahahhaa
Sebenarnya gambar ni di amik masa on the way nak turun dah hahaah
Untuk pergi ke BOH Tea ni, kena extra careful sebab jalan dia memang betul-betul muat satu kereta je. Kalau bertembung dengan lori atau kereta lain, memang kena berhenti betul-betul dekat tepi. Lepas tu kalau dekat selekoh tajam, make sure bunyikan hon supaya orang tau ada kereta nak lalu. Wah tips ke Cameron Highland pulakk dah nie hahhaha


Lepas dari tue, kitorang balik hotel. Lepas Maghrib keluar lagi untuk dinner! Masa ni memang tak tahu nak makan apa so end up kitorang pergi ke kedai yang sama macam malam tadi hahahhaha Tapi before that, kitorang singgah dekat Steamboat apa entah yang tepi jalan tu sebab nak pekena waffle ice cream with strawberri. Oh myyy ~ sedapnyee weyh! Hahaha


Balik hotel balik dan kitorang stay up sampai pukul 3 pagi kot. Kitorang main games apa entah hahahhaah Sebenarnya, the whole journey ni kitorang main games yang di handle oleh Khalis. Hahahah lawak betul games yang kitorang main, asyik gelak je. Macam-macam benda kena buat hahahha


Hari terakhir kami di Cameron Highlands. Check out dan kami pergi breakfast. Pun di kedai yang samaaaaaaaaaa macam trip yang before this sebab senang dan dekat je dengan hotel kitorang hehehe. Lepas breakfast, p pasar-pasar untuk beli petai, strawberry, jagung, sayur-sayuran. Yessss. Memang fully loaded kereta kiorang masa tu dengan macam-macam barang hahahha

Breakfast hari terakhir kami di Cameron
Kami turun dari Cameron Highlands around 12 macam tue, turun pergi ke Ipoh! Wehuu! Kami turun melalui Simpang Pulai sebab Iman cakap Ipoh tak jauh sangat. Masa kitorang on the way nak turun tu, pemandangannnnnnnnnnnnn ya Allah sangat-sangat cantik! Sanggup U Turn tauu semata-mata nak bergambar dekat tepi highway hahahhaah Tapi memang cantik weyh, tak tipuuu!

Seperti ini contohnyaaa
Cantik kannn?

So sampai ke dekat Ipoh, kami terus ke Taman Rekreasi Gunung Lang sebab nak naik bot! Murah jeeee. RM 3 je :D Ni pun on the spot punya plan pergi dekat sini sebab awal lagi kott nak balik Shah Alam hehehhe

Credit pic to Iman
Alaa tulisan terbalik pulak hahaha

Naik bot! Hehehe

Dah sampai jeti. Comel je semua orang hahhhaa
  
Depan gua pun boleh kalau nak selfie hahahha

Minta maaf semua sebab banyak sangat gambar kami berlima hahaha

Naik bot kejap, then diturunkan dekat satu taman rekreasi. Dekat situ ada taman, ada tasik, ada ostrich, ada rusa kott ~ Lepas tu ada menara tinjauu tapi kami malas nak naik hahahah Khalis je rajin naik. Lepas tu boleh bagi makanan dekat ikan. Aku dengan Echa je yang beli and kami bagi makanan dekat ikan. Fuhh ~ besarnya ikan-ikan diorang! Besar betis pun ada weyh

Haa cucuk leher awak! Hahahha
Pandai je ostrich ni pandang camera. Dah lah comel! 

Tapi sayangnya, tempat tu macam tak ada orang yang jaga. Sampah, lepas tu dengan daun-daun kering yang macam dah lama tak disapu. Sayanglaaa sebab tempat tu kan tempat perlancongan dan ramai orang datang huhu


Keluar je dari Gunung Lang ni, kitorang pergi cari kedai gambar sebab si Echa nak buat gambar passport. Ambui kauu, jauh bebenor nak buat gambar passport pun hahaha Lepas tu, masing-masing dah lapar so cari Nasi Vanggey! Aku ingatkan nasinya special lah kan sebab aku Google, orang cakap datang Ipoh wajib makan nasi ni. Tapi bila dah makan, laaaa apa yang bezanya? Hahahaha tapi sumpah sedap dan murahhhh! Dekat sini kitorang lepak lamaaa sebab masa tu hujan turun dengan lebatnya dekat Ipoh -.-

Kami makan ni! :D

Before makan, welfiee dulu hehehe
Lepas makan dan hujan dah reda sikit, kitorang terus pergi ke Kellies Castle. Weh excited kott nak pergi sebab aku tengok semua orang yang pergi Ipoh, semua pergi sini. Tapi hampehhh weyhh sebab dah tutup jam 6 tapi kitorang sampai jam 7 0.0 Sedihlaaa tak dapat nak masuk kann. So tengok dari jauh je lahhh dalam keadaan hujan-hujan tue


So end up, kitorang decide nak karaoke dekat Sri Gombak as the last karaoke session kitorang hahahhaah Masha Allah, jauh bebenor plan nak karaoke kann! So kitorang terus gerak ke Balai Polis Gombak dulu sebab nak makan nasi ayam penyet belakanggg balai polis tue. Okay sape yang suka ayam penyet, RECOMMENDED okay nak datang sini! Memang sedap gileeee! Then barulah kitorang karaokeee


Aku rasa ni lah karaoke session kitorang yang palinggggggg penat sebab dah seharian berjalan hahahha Dengan aircond pulak sejuk, memang masa ni mengantuk jee rasa hahaha


Lepas karaoke, kitorang balik Shah Alam. Hantar Khalis dulu dekat Puncak Alam dan kemudian baru hantar Iman dan Anas. Aku dan Echa? Hahahaha kitorang berduaaa pergi melantak makan KFC jam 4 pagi tu dan pergi mendobi dekat laundry sebab nak baju cepat kering punya pasal hahahhahaa So rasanya dalam jam 7 pagi macam tue barulah aku dengan Echa balik rumah kitorang dan zaaasss tidur!


Alhamdulillah, selamat sampai jugak kami ni pergi dan balik. Memang enjoy sangat-sangat holiday dengan diorang ni sebab setiap masa nak gelak jee. Seronok! Rasa nak ulang balik semuanya. Rasa tak nak balik langsung! 


Guys, 


  • aku takkan lupa macam mana Khalis tertinggal spec mata dia, kabel dia, selipar terputus dia sepanjang the whole trip. Aku takkan lupa juga Khalis usulkan game "sape tidur dulu, dia kalah!" tapi end up, dia yang tertidur dulu hahahha
  • Aku takkan lupa semua games yang kita main dari pergi dan balik kita. Dari games teka barang apa yang kita bawak dan barang apa yang kita takkan bawak, games sape tidur dulu dia kalah, games pick up lines yang tetiba Anas bertukar watak "Abanggg..", games senaraikan 10 barang bermula dengan huruf nama kita dekat Muzium Time Tunnel. Tapi malangnya, tak tahu sape menang walaupun gigihlah si Khalis catit markah masing-masing hahahha
  • Aku takkan lupa semua cerita yang kita share. Dari cerita seram kena kacau, dari cerita dan cita-cita kita selepas ni. Oh ya, aku pun takkan lupa semua nasihat korang malam tu pasal "mari mengenal kawan kita!" hahahah 
  • Aku takkan lupa masa part kita sama-sama menjerit dalam kereta sebab semua gambar cantik sangattt dan tak tahu nak upload yang mana satu! Hahahahah Amendalaaa punya perangai nieeee hahahhaha
  • Aku takkan lupa masa Khalis kenaaa ugut cakap "iloveyou" dan panggil "sayangg" sebab tak nak kena urut lepas tu siap kena rekod lagi Hahahahah sumpah laa lawak
  • Aku takkan lupa macam mana Khalis dan Anas sama-sama kena ugut dengan gambar selfieee dan diupload dekat IG dengan hashtag #melayukacak HAHAHHAHAHA
  • Aku takkan lupa pasal radio #ifyouwonder dan taglinee "Camni laaa" sambil tunjuk peace dan macamana Anas paling fuckup sebab semua orang bahan dia HAHAHHA 
  • Aku takkan lupa sessi karaoke kita dalam kereta bila kita menyanyi ramai-ramai dalam kereta. Lagu apa eyh? Lupa tapi ada dalam playlist Anas under folder 'Trip to Cameron' Yang pasti lagu irama tradisional pun termasuk jugak okayyyyy! Hahaha
  • Aku takkan lupa bila sepetang kita di Ipoh, tetiba kita satu kereta menangis sebab kita sama-sama sedar, the trip will coming to the end soon. Dan kita sama-sama sedar lepas ni kita akan bawak haluan masing-masing, kerja dan susah dah nak lepak dan jumpa macam sekarang. Satu kereta menangis kecuali Khalis sebab dia sibuk rekod kita menangis! Tapi sebenarnya dia terlupa tekan butang record! AHAHAHHAHAHA
  • Aku takkan lupa lagu-lagu yang buat kita menangis petang tue. "Terang terang, bersama rasa sayang, ku biarkan kau terbang" . Lepas tu lagu Aizat ; "kau lah laguku, kau irama terindah. Tak lagi ku dengari, kau pergiiiiii" 

Dan yang paling penting, aku takkan lupa semuaaaa pasal trip kita ke Cameron ni hihihihi Sayang korang! Terima kasih sebab selaluu ada dengan aku time susah dan senang, selalu push diri aku untuk terus ke depan, share semuanyaa ; masa, wang, tenaga etc, selalu ada dengan aku time aku perlukan someone dan dengar cerita aku dan ehhh apa lagi eyh? 


From bottom of my heart, thank you so much! I love you all, each and everyone of you. Do forgive me if there's anything wrongdoings from me :)


Semoga berjumpa lagi pada masa yang akan datang :)


You May Also Like

0 comments