[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Wednesday, June 22, 2016

Nearly Comes To The End of My Study

Assalamualaikum


So this is it. Aku dah berjaya submit hardcover dissertation aku. Alhamdulillah, legaa sangat-sangat. First week puasa aku memang sangat tough sebab boleh dikatakan aku tak tidur malam pun sebab duk siapkan kerja, assignment. Lepas tu dengan nak finalize kan research aku lagi, masa tu memang kelam kabut


Tapi alhamdulillah, berjaya jugak aku harungi walaupun mata bengkak jeeee hahahhahaha Sabor je lah. Masa tu memang rasa tak terurus betul. Baik bilik, baju dan keadaan diri. Mana yang sempat dan tangkap muat je hahahhaa Tapi worth it laa, hihihi


Yeay dah siap pun research! Hampir setahun setengah otak aku duk fikir pasal research, mana nak cari literature review, journal. Dengan nak cari respondents dan hadap SPSS sampai tak tidur satu hari, mana nak hadap dengan masalah-masalah burn out, yang terus tak ada idea, tak ada mood nak buat. Fuhh ~ akhirnyaa bila dah submit research siap dengan hardcover, rasa macam lega sangat-sangat. Kiranya dah tamat sudahhh kerja research aku hihih

Alhamdulillah dah siap pun research!
Aku memang sengaja buat lebih, nak simpan buat kenangan hihihi
Teammates research aku, yang sama supervisor dengan Dr Azizan hihi
Thank you Anas and Farhana! Banyak kita sama-sama tolong sesama sendiri kan?
Thank you so much!
Dengan supervisor aku yang palinggg sangat ya Rabbi, baik hati! Banyak betul dia guide aku, push aku. Tipulah kalau cakap aku tak pernah nangis depan dia HAHAHHAHA Tapi sebab dia push lah, aku dapat siapkan jugak research ni. Banyak Dr bagi nasihat, kata-kata semangat. Beruntung betul bila Dr jadi supervisor aku hihi Thank you so much Dr Azizan Zainuddin! :D Youve help me a lot since the first day we met!
Masa kelas Local Govt last week kot, kitorang baru sedar yang ni last kelas kitorang. Dah lama sebenarnya aku dengan kawan-kawan kelas tak jumpa sebab kelas kami asyik cancel dengan tambahan pulak, masing-masing sibuk dengan kerja. Memanglah kelas kitorang 2x je seminggu untuk final sem ni, tapi ya Rabbi ~ banyak betul kerja kena buat so memang macam busy je. Aku dah lama tak jumpa classmates aku. Rasanya last aku jumpa diorang pun masa kitorang buat potluck before puasa hari tue. Lama giler kan? Hahahha


Masa last kelas kitorang hihihihi Tak sangka sekepala rupenya aku dengan dorang semua nie hahhahahaha
Kalau jumpa je, mesti ada je benda nak digelakkan hahaha

Separuh dari batchmates aku hihihi Seronok dapat member yang sekepala ni, dari latar belakang berbeza
Apa yang aku boleh cakapkan, diorang memang gila-gila, sama je otak dengan aku so seronok lah.
Susah senang pun bersama hihihi
Dalam duk sibuk dengan assignments, kerja berlambak-lambak kann, of courselaaa tidak akan dilupakann untuk berjimba sekali sekala hahhahahaha Aku rasa dalam masa terdekat ni, aku memang marathon movie je. Dimulakan dengan tengok Conjuring 2, Finding Dory, Now You See Me 2 dan Warcraft. Hahahahahha fuhh ~ apa yang aku boleh cakapkan, semua best kecuali Warcraft -.- Mengantuk giler aku dalam wayang tu nak cuba faham. Maybe sebab aku tak main game dia kot, tu yang macam tak faham sangat tue heheheh


Tapi paling aku suka of courselah Now You See Me 2. Terbaik wehh cerita dia. Rasa nak tengok sekali lagi je. Finding Dory pulak kelakar. Nasihat aku, kalau korang baya-baya aku yang pernah tengok Finding Nemo, tengoklah Finding Dory nie. Sangat best dan kelakar dan kartun dia sangat comel okayy. Sebab bagi aku, kita membesar dengan cerita Nemo ni hahhahaha Yelah ~ masa Finding Nemo tu, aku baru 11 tahun dan sekarang aku dah 24 tahun hehehehe

Tengok Conjuring 2 dengan diorang. Best gilaaa sebab puas hati dapat menjerit sekuat hati tapi tak ada sape pun nak marah hahahhahahahahhahaha
 Lepas tu baru-baru ni kitorang satu group ChaYaNunAlifBa berbuka puasa sama-sama. Sekarang ni susah betul nak kumpul sama-sama sebab ada yang dah kerja, ada yang balik rumah. Busy je semua. So hari Sabtu hari tue, kitorang gather ramai-ramai, berbuka puasa dekat Padang Setia City Mall tu hihihi Seronok dan kelakar je memasing. Kes air tumpah lah, makan dalam gelap lahh hahahahha

My best ChaYaNunAlifBa

Sebenarnya macam sedih jugak sebab ye lah ~ dah nak habis dah belajar. Berpisah pulak dengan diorang lepas nie. Lepas ni tak tahulah apa nak jadi dengan kitorang yang masih perangai budak-budak nie hahhahahahahha Aku tak tahu lah nak cakap apa, sedih tapi nak buat macam mana. Lepas ni masing-masing bawak haluan masing-masing dah. Susah dah nak jumpa macam selalu, nak lepak semua macam dulu-dulu. 

Snapchat aku ; @mysaranewrie . Meh add aku meh hihihi



  




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts