Cameron Highlands, here we go! :D

by - Sunday, October 18, 2015

Assalamualaikum


Mari kita buat kerja giler ya kawan-kawan


Habis kelas hari Khamis pukul 12 tengahari. Pergi lunch dengan kawan-kawan sambil senang hati sebab sudah habis kelas pada minggu tu. Sambil borak, sambil plan nak stay up dekat McD untuk buat assignment yang macam dah bertambah-tambah.


Well ~ faham tak perasaan orang yang tahu nak sambut weekend macam mana? Hahah in my case, weekend kitorang start pada pukul 12 tengahari pada hari Khamis sebab Jumaat Sabtu Ahad ; no class! *wink


Pukul 1 tengahari aku dah sampai rumah when suddenly I got call from Echa, siap dengan Whatsapp siap cakap "Mai angkat call!" Okay ni serius ni. Konfem ada pape ni


"Maiii! Nak pergi Cameron Highlands tak?!"
"Eh seriuslah?! Bila bila?!?"
"Petang ni lah!"


Giler lah budak-budak nie hahahha So after that call, aku pun terus call cari kereta sewa area Shah Alam. Mungkin nasib kitorang kot dapat kereta sewa. So yeahh ~ pukul 5 petang, here we go to Cameron Highlands! :D

CAMERON HIGHLANDS, MU TUNGGU KITORANG! 
With Aten and Echa :)

Ya Allah, sebenarnya masa kami otw nak p Cameron tu, masing-masing macam "Weyh tak percayanyaaa kita dah on the way nak pergi Cameron!" HAHAHHA Sebab yes, ianya sangat-sangat spontan je okayy, padahal malam Selasa tu baru je cakap-cakap nak pergi Cameron tup tup Khamis dah pergi


Well ~ unplanned things always the best :)


Masa lalu dekat Tapah tu, dah malam sebenarnya. So memang kena slow slow and berhati-hatilah. Kawan-kawan aku pulak dah muntah-muntah, perut sebu lah, peninglah sebab yelah ~ jalan nak naik kan pening kepala hahah Nasib baik aku, Iman and Anas survive sepanjang perjalanan pergi dan balik hahahhaa


Sampai je dekat Cameron, first benda yang kitorang buat adalah cari kedai makan! Lapar weyh. So pergi dekat satu kedai Steamboat nie. Alaa makan dia biasa-biasa je. Nasib baik ada steamboat so kitorang makan dan habiskan benda tue je

Selamat sampai di Ringlet ! :D

Dinner time! :D
Lepas dah makan, masa untuk cari hotel! Kitorang macam bertuah jugak sebenarnya sebab dapat harga hotel semalam RM 80 je weyh. Dah lah bilik superbb! Terbaik dan sangat selesa! Kalau time weekend, maybe hargnya RM 130 kot. Kitorang stay Hotel Sentosa dan amik dua bilik. Sian Anas and Iman kena share duit hotel dua orang, padahal aku share duit hotel dengan Echa and Aten! Hihihihihi


Lepas Subuh, kitorang terus check out dan pergi breakfast. Hihih sambil tu masing-masing dah plan nak buat apa, siap tanya orang ramai lagi nak pergi situ sana sini hahahaha

Morning from us! Lipstick merah je masa nie hahaha
Berhenti tepi jalan semata-mata nak amik gambar belakang tue -.-
Semangat semangat 

Adakah saya bunga yang awak cari selama nie?
So tempat pertama kitorang pergi adalahhh entah aku tak tahu nama apa, lupa dah tapi adalah bunga-bunga hahahah :D Finally dapat pun jumpa bunga-bunga ni sebab before that, kitorang macam blur jugak tak tahu nak cari dekat mana. Randomly berhenti tepi jalan je sebab nak amik gambar hehehe

This is bunga-bunga! :D


Bunga-bunga mataharii (saje nyanyi lagu Maya ni bila tengok
banyak bunga-bunga) Hahahha

Bunga merah! Nak menangis tengok lawa sangat bunga-bunga dekat sini
Tapi dalam gambar nampak macam happy je -.-
Okaylah, menangis kegembiraan, boleh? Mueheheh

Nanti dah ada rumah sendiri, nak tanam bunga-bunga putih macam nie! :D
Bestnyaaaaaaaaaaaaa! 
Bunga kuning pulak! :D


Siapa tak suka bunga kan? 
To be honest, aku memang gembira sangat-sangat sebab dapat tengok bunga-bunga nie. Rasa macam "weyhh Ya Allah bestnyaaaaaaaaa!" sampaikan tak tercakap sebab macam punya gembira sangat kan? Rasa macam eiii how can I describe eyh? Yang pasti rasa macam berbunga-bunga betul perasaan masa tu


Nak pergi Cameron Highlands lagi Y.Y


Lepas lepak dekat bunga-bunga tu, yang memang lamaaaaaaaaaaaaa sebab kitorang amik gambar banyak giler, kitorang terus gerak pergi dekat Boh Plantation tue. Alaaa tempat yang dalam cerita Ombak Rindu tue hahahha Sebenarnya ini adalah tempat yang memang kitorang aim dari starting perjalanan pergi ke Cameron lagi :D

Rehat kejap sebab penat kena mendaki!
Takpe! Demi nak bergambar di tempat Ombak Rindu, sanggup je weyh! Hahaha

Pergh, bila sampai sana, terus apa lagi! Amik gambar lagi! Kitorang sampai just nice sebab masa tu tengah hari so suasana memang sangat lawa dan memang sesuai untuk di ambil gambar! Weyh tolonglah faham perasaan aku yang sangat gembira masa tu sebab dapat tengok bunga dan pemandangan semula jadi yang sangat best!


Kitorang lepak lama kot dekat sini, mau dekat 3 jam sambil pekena teh Boh dan makan-makan. Pergh ~ macam bajet-bajet anak orang kaya je masa tue. Hahahaha dah lah p Cameron, tidur hotel, minum teh dengan suasana sejuk jeee, memang terbaik lah! Dah terus lupa langsung pasal article review, assignment, strategic audit yang nak kena buat hahahha

Yeayy dah sampai! Hihihi
Masa ni nak balik. Aku dengan Echa kena tinggal and Iman, Anas and Aten
tak bagi kitorang naik kereta hahahhah
Sabar je lah aku dengan kawan-kawan aku nie
Bye bye Boh! 


Lepas dah puas lepak dekat Boh Plantation, kitorang turun. Masa ni dah start panas dah. Lepas tu kitorang pergi dekat Cameron Valley sebab nak amik gambar lagi! Hahaa kerjanya nak amik gambarr je! Kitorang tak ada pun nak shopping apa ke, nak petik strawberry ke apa, sebab yang penting, gambar gambar gambar! Gambar tu sangat penting sebab nak upload dekat IG! AHAHAHAH


Iman ada warning tau "Kita berhenti amik gambar dekat sini 5 minit je tau! Sebab nak kejar masa nak turun" Sebab masa tu macam nak hujan. So macam risau jugaklah kan jalan licin ke apa ke, tanah runtuh ke. Nauzubillah. 


Heh. Amendaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 5 minit tu hanya bercakap di mulut sahaja sebab masing-masing amik gambar lama giler. Biasalah, mesti lah nak angle cantik lah, amik dekat situ sini lah hahahha Tapi memang masing-masing berposing sakan je amik gambar :)

Gambar seperti ini contohnya, adalah
WAJIB untuk di upload dalam IG hahahah :D
  
Amik gambar lagi :D muehehehe
Nak menangis boleh? Sebab cantik sangat pemandangannya! :D
So lepas dah puas hati dengan semua gambar, kitorang singgahhhhhhhhhh kedai-kedai menjual tu kejap. Misi aku adalah mencari strawberry coklat! Lepas tu aku beli coklat sikit untuk roomates aku hihiih Echa pulak beli keledek. 

Makcik-makcik dekat kedai tu sangat baik! Diorang bagi aku dengan Echa makan jagung Cameron yang SANGAT SEDAP OKAY ! THE BEST JAGUNG IVE EVER EAT KOT! Sebab manis dan sangat rangup! Hahahaha tapi aku tak beli punn :p

Ini strawberry coklat yang memang sedap! Sebab coklat dia perghh!
Weyh nak lagi boleh tak? Y.Y 

Kitorang turun around after Zohor macam tue. Masa tu pulak dan dan nak hujan lebat bagai. Kawan-kawan aku yang dekat belakang dah tumbang dah dua-dua sebab mabuk hahahah Sorang perut sebu, sorang muntah-muntah hahahahhaha 


Masa dalam perjalanan tu, aku rasa aku, Iman and Anas yang banyak borak. Pasal zaman kitorang kanak-kanak dulu hahaha seronok! Lagipun sebenarnya nak kena teman Iman ni sebab dia yang drive sepanjang trip on the spot kitorang nie hehehe


Masa ni diorang plan nak pergi Bukit Tinggi pulak! Haaaa sudah! Tapi tak jadi sebab nak plan next timelah. Aku dah cakap, kalau sekali dah buat giler, memang akan didatangi dengan idea-idea giler selepas itu hahahaha


Berhenti dekat RnR, beli pau panas-panas, makan dalam kereta sambil di temani hujan lebat di luar kereta. Memang masyuk lah masa tue. Tambah pulak masa tu jammed teruk sebab ada accident, lagi seronoklah kitorang duk borak :)


Eh sape cakap balik Shah Alam terus? Kitorang terus shoot ke KL sebab nak pergi KL Performing Arts Center (KLPAC) sebab konon nak amik gambar tapi masa tu kitorang sampai dah lewat petang sangat Y.Y So macam tak sempat sebab dah gelap. So kitorang sembahyang ke dekat sini sebab lepas tu nak pergi makan pulak! :D

Dekat KLPAC :)
Kitorang p makan Ayam Penyet Nusantara dekat Wangsa Maju! Perghh memang pedasssssss bak hang dia punya sambal tue! Hahahah lepas tu p TBS pulak sebab nak belikan tiket bas Aten then shoot balik terus ke Shah Alam :)


Eh eh dah sampai Shah Alam, kitorang p lepak makan jagung dekat Setia City Mall HAHAHAH Yaaa, beginilah kami menghabiskan masa masa sewa kereta hahahhaah Sebab kena hantar before pukul 12 tengah malam :)


Lepas makan tue, kitorang pun okay balik rumah masing-masing. Aku mandi-mandi je dan terus bamm tidur. Penat sangat tapi enjoy! 



Overall, aku memang sangat enjoy dengan trip spontan nie :) Seronok sebenarnya buat kerja tak dirancang nie. Dia macam terus on je semua orang. Hahaha aku sendiri macam tak sangka sampai ke Cameron Highlands kami nie padahal sem lepas konon nak plan p pulau hahahah

So bye bye Cameron Highlands! Sedihnya nak byebye dekat you Y.Y
Nanti I datang lagi okayy? :)

"Mai minggu ni kita kena pulun habiskan semua assignment tau"
"Haa? Okay okay. Tak ada masalah"
"Aah. Lepas tu weekend nanti kita p mandi air terjun nak?"
"Haaa? Seriuslah?!"



To be continue hahahha :D

 

You May Also Like

0 comments