Iolss Busy lah ~

by - Wednesday, June 04, 2014

Assalamualaikum


Pergh aku rasa ini lah minggu minggu dan hari hari dan juga masa masa yang aku sangat sangat lah busy! Yang sangat busy sampaikan aku rasa macam tidur tu tak perlu lama lama. Yang sangat busy sampaikan aku kena push buat kerja itu ini sebab aku dah lupa kerja apa yang aku kena buat. Yang sangat busy sampaikan makan minum aku pun ikut suka hati aku je


Busy kan?


Busy lah you olss. Jap ye nak list downkan apa kerja kena buat hahaha


  • Debat Piala Dekan FSPPP UiTM SeMalaysia dah settle (penat masih terasa)
  • Pendaftaran pelajar baru Diploma di UiTM Seremban 3 (penat lagi)
  • Research aku yang kena submit by Khamis nie
  • Assignment Project Mgt aku yang kena google dan search dan edit itu ini
  • Assignment Malaysian Eco aku yang dengar katanya kena shoot balik -.-
  • Assignment Arab aku yang entah bila nak shoot videonya dan Jumaat ini ada test 
  • Montaj JPK Kolej untuk Khamis ini
  • Event PTD aku pada esok hari
  • Pendaftaran pelajar lama Diploma di UiTM Seremban 3 weekend ni
  • Event Dinner yang kena handle on 13th June ni

Eh eh ~ menyampahnya kena siapkan semuanya dalam masa 2 3 hari hahahah sekali kerja tu pulak amik masa dalam 2 4 6 8 jam. Ha kauuuuuu~ tak ke naya aku nak siapkan semuanya? Sedih iolss


Penat? Of kos lah weyh tapi entahlah. Kadang kadang aku rasa stress ke tapi tak pun cuma aku rasa macam aku penat je lah ~ stress tu tak adalah aku rasa sangat sebab kadang kadang aku sanggup stay up sampai sekarang untuk buat kerja aku hahaha 


Sebenarnya tengah buat research ni tapi hold on dulu kejapppppppp sebab nak update blog kekekek ~


Doakan saya ye kawan kawan! Later will update more! :D

Dalam kelas yang sangat selesa sebab sejuk, haruslah macam mengantuk kann hehehe


 

You May Also Like

0 comments