Selamat Hari Lahir Sahabat!

by - Monday, May 05, 2014

Assalamualaikum 


Tak payah cakap banyak sebab aku cuma nak ucapkan 


SELAMAT HARI JADI SAHABATKU!


Aku kenal dengan dia dah lama dah, sejak diploma lagi tapi haram memang aku nak tegur dia. Yelah ~ masa tu dia ni antara budak top dalam batch aku sebab selalu dekan every sem. wowowo ~ hebat kan? Just kitorang cakap bila perlu je, contoh nak tanya pasal kelas ada ke tak, ada kertas lebih. Tu je. tak lebih. 


Kalau jumpa tepi jalan, lagilahhhhhhhhh aku wat derk sebab aku dengan budakbudak kelas aku dan dia dengan budakbudak kelas dia


Tapi semuanya berubah lepas aku dapat masuk Degree dekat Shah Alam sekali pulak dengan dia. Memandangkan kami kami ini adalah dari DPA UiTM Dungun so nak tak nak kenalah kawan dengan dia sebab dah dia je yang aku ada untuk aku survive. Yang lain semua kawan kawan baru U.U

Titik mula kita jadi rapat :)

Tapi sape sangka kan, dari tak kenal tu lah yang jadi rapat. Dari rapat jadi akrab dan cinta sampai sekarang hahaha ayat nak lebih aku nie -.- Trust me, from that moments, apa sahaja aku dengan dia kongsi cerita. Sleepover berapa banyak kali. Mengarut dengan dia berapa entah juta kali, apatah lagi kalau gelak ketawa


Semua orang macam tahu aku dengan dia memang gurau kasar. Even Kak Aj pun dah faham sangat dengan kitorang masa handle event dekat Kolej Melati tue. Memang sangat gurau kasar tapi entahlah, aku dengan dia macam okay je, tak kisah pun. Kalau aku buat dekat orang lain, konfem tarik muncung mulut 40 ela

Masa sama kita handle event dekat Kolej Melati

Dia ni selalu kutuk aku. Kalau orang lain tegur baju aku cantik, dia dengan lantasnya akan cakap "Hodohnya baju kau!" Memang tak membangun betul lah komen dia nie -.- Suka betul sakitkan dan sakat aku dengan macam macam. Lepas tu kalau study pulak, perghh ~ memang menakutkan betul sebab dia takkan pandang kiri kanan depan belakang. Aku rela study sensorang dari study dengan dia kekekkee ~


Tapi apa yang aku buat stick dengan dia adalah dia memang seorang kawan yang baik walaupun mulut laser. Hahahah ~ Memang seorang yang baik. Kalau aku susah dan perlukan apa-apa, aku tahu aku boleh harapkan dia. Kalau aku nak makan apa-apa, hmm yang ni dia tak pernah buat lagi kot so kau kena buat lepas nie hahahahha


Kalau dia tengok aku monyok dan senyap je, mesti dia akan perlahan-lahan tanya aku "Kenapa nie? Ceritalah" Ya, tiap kali aku sedih dan momyok, dia akan tetap tanya soalan yang sama nie. Memang akan tanya dan aku takkan pernah tolak untuk bercerita dengan dia dan dengan dia, memang aku tunjuk perangai sebenar aku, aku menangis depan dia dan ceritakan semuanya

Selfie dalam kelas Arab

Kalau aku menangis, dia akan datang dekat aku dan cool downkan aku. Dia akan mesej adik aku untuk suruh adik aku happykan aku. Dia akan datang kepada aku bila aku perlukan dia. Dan dia pun sama. Dia akan datang dengan aku bila dia tahu dia tak tahu nak ceritakan kepada siapa ecceceh fefeling special gitu hahhaha


Dengan dia aku boleh whats app macam seorang kekasih lepaskan rindu kepada kekasihnya. Dengan dia aku boleh share satu katil, bantal dengan dia. Selimut tak lah sebab mana boleh share selimut kekekeke Dengan dia aku pernah share satu bungkus nasi dengan lauk paprik ayam untuk sahur. Walaupun aku dengan dia sama-sama lapar, tapi asalkan dapat makan sorang sikit pun jadilah. Dengan dia aku boleh share everything. Dengan dia aku boleh hmm macam macam lagi lah


Siapa sangkakan dari zaman kita Diploma tahun 2010 dan kini pada tahun 2014 kita jadi kawan baik. Kita jadi kamceng dan giler sama-sama dan kita boleh nangis sama-sama sambil cerita itu ini. See, macam mana masa itu mengubah kita perlahan-lahan :) 

Masa pergi Kelatan barubaru nie :)

Oh ya, yang paling aku terharu sekali adalah bila dengan spontannya kawan kami semasa Diploma, Anima cakap "Kau dengan dia memang gandingan terhebatlah kalau buat assignment!" bila aku ceritakan aku satu group dengan dia untuk Local Government kami semester lepas. Sebab apa? kekekek ~ adalah :p


If you read this (memang aku akan suruh kau baca) aku memang sayang kau. Tak nak lah tengok kau sedih. Let gone by gone dan hargai orang yang ada sekarang ni yang sayang dan terima kita seadanya, yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuk kita. Kawankawan ada je sekeliling kau cuma aku tahu, aku paling special sikit dalam hidup kau after Chepa kan? HAHAHAHAH

Kau suka posing keluar kaki mcm ni kan? Hahahha

Ingat pesanan aku hari tu ; ada banyak benda dekat atas dunia ni yang boleh kita gembira dan tersenyum tapi kenapa dengan hal yang satu itu, kita kena bermuram durja dan menangis? Remember this. I will always be beside you until my last breath. Maafkan aku kalau ada salah dan silap. Alaa biasalah ~ manusia kan tak sempurnakan?


Uish tak sangka pulak aku boleh tulis dekat entry aku pasal kau HAHA Ceh sukalah tueeeeee puii ~ Selamat Hari Jadi Sayang. Jadi anak yang solehah, yang dimurahkan rezeki, yang dilindungi Allah swt selalu, yang menggembirakan orang lain untuk senyumkan orang lain, yang ada time susah dan senang, yang memudahkan kepada orang yang susah dan sebagainya. Malas dah aku nak tulis sebab esok aku ada dua presentation kekekek


Yang penting sekali ingat ; i love you bebigurl
Mysara Newrie & Fatihah Sulaiman ; bebigurl

Dia ; Nur Fatihah bt Sulaiman 

 

You May Also Like

0 comments