BA 5D ; Classmates Day Out at Jeram Toi!

by - Saturday, May 03, 2014

Assalamualaikum


Hmm orang lain sibuk duk buat assignment, research dan bagai bagai projek dan presentation, boleh pulekkkkkkk aku dengan budak kelas aku pergi release tension mandi air terjun! HAHA

Classmates Day Out at Jeram Toi!
Seronok bak hang dapat mandi! HAHA

Alkisahnya kitorang dah plan lama dah, before cuti midterm lagi dan kitorang decide pilih Labour Day untuk mandi manda air terjun! So dekat mana? Dekat Jeram Toi! Alahai, tak adalah jauh sangat pun dari UiTM Seremban 3, dalam 20 minit okaylah kot ~ hehe


Pukul 9 pagi kitorang dah gerak dengan konvoi 5 buah kereta selepas berkumpul depan pintu UiTM. Setiap rumah kena bawak makanan masing-masing. Macam aku, hahaha aku kan duduk kolej so takpayah buat apa apa cuma aku tolong Nad buat sandwich telur je lah hihihi

Woot woot! :D

Sampai je dekat sana, dah lelah sebab kena panjat macam bukit. Dah sampai kitorang set up tempat, makanan dan get ready for BBQ! Seronok hokkkay! Kebetulan masa tu dah ramai dah orang walaupun aku rasa kitorang dah awal dah

Woot woot!

Dah sudah set up tempat! woot woot!

Gadis gadis Melayu hihihi

BBQ in the making!

Lapar punya pasal sebab tak breakfast, makan je apa yang ada hahaha :D
Ambui sorang sorang dapat makanan HAHA

Lepas tu, kitorang pun main main air, kononnya nak cop tempat lah nak mandi kan tapiii ya Allah ceteknya air! Air paras lutut jeee! Mana puas weyh nak mandi. Entah macam mana entah, Faiz datang dekat kitorang "Dekat depan tu tempat dalam sikit. Jom lah mandi" Aku pun apa lagi, ajak lah budak perempuan kelas aku yang lain join


Masuk je dalam air, aku dah lost confident kejap sebab air paras dagu aku je weyh! Nampak tak dalam? Tinggi aku pulak 154 so haaaaaaaa ~ pandai pandai lah korang fikir kan? HAHA tapi sumpah seronok sebab inilah ertinya mandi weyh! HAHA

Ini diaaa paras air dalam kolam tue!

Ya Allah masa ni memang seronok giler sebab dapat mandi ramai ramai. Bayangkan weyh, aku ni lah paras air takat dagu je, lepas tu bila duk mandi sambil gelak ketawa, bayangkann ~ berapa gelen air yang aku dah telan sebab gelak sambil menyelam punya pasal hahaha


Aku tak tahulah, masa mandi dekat tempat dalam tue, masingmasing buat lawak esp Faiz lah ~ Kerjanya nak gelak je. Tambah pulak dengan Hazierah yang comel dan pandai berenang dengan gaya Olimpik dia tu, sumpah jadi lawak je. Kitorang yang berenang dan tengok tepi kolam tu asyik gelak je. Kebetulan pulak kan, masa tu orang dah tak ada. Diorang dah start balik, tu yang kitorang conquer kolam tue


Kebetulan pulak, Alira dan Wanwan ada bawak waterproof case. Tu yang masing-masing dapat selfie dalam air lepas tu macam jakun je dapat amik gambar sambil mandi hahaha. Ingatkan nak amik gambar sambil menyelam dalam air tauu tapiiiiiiiiiii air keruh! So memang tak nampak apa apa

Tu dia, selfie bak hang hahaha
Inilah hasilnya hahahhaa
Mereka yang perhatikan barangbarang semasa kami mandi, yeay! terima kasih korang hehe :)
Tengoklah muka masing-masing hahaha

Really having fun! :D

Masa berenang tu kan, kitorang memang gelak tak henti henti. Aku ras satu Jeram Toi tu memang dengarlah kitorang gelak sebab lelaki perempuan semua buat lawak. Dah lah masa tu, kitorang je yang ade je dekat kolam tue. Yes, memang kitorang je. Kalau ada pun, just 2 3 4 5 orang je yang ada duduk tepi, perhatikan kitorang duk gelak ketawa hehe


Yes, memang seronok. Aku rasa release tension yang midterm test minggu sebelum tue :) 

Ambui suka tauu hahaha

Nah, model Mangga. Gambar ini je yang mampu aku nak upload, gambar gambar lain ;
sensor hahahha
Fefeling gitu
Nampak tak? Asyik gelak je hahaha

Masingmasing nak masuk dalam gambar hahaha

HAHAHAHA gambar ni memang paling win lah!

Nasib baik ada waterproof case so boleh amik gambar dalam air heheh

Bajet bajet macam model Mangga je memasing hahahaha
Lepas tu dah agak agak macam orang ramai dah mula datang, kitorang pun pergi balik ke tempat kitorang dan makan! HAHA yelah ~ perut dah lapar, dengan makanan duk memanggil manggil kitorang lagi kan hehe :)


Makanan pulak memang heaven betul hari tue. Ada nasi putih, gulai ayam, sandwich telur dan sardin, ada karipap, mee hoon goreng, ada ayam BBQ, sosej bakar, ada coleslaw, ada potato salad. Memang heaven sebab makanan pulak semuanya sedap sedap dan kitorang memang lapar okay masa tue 

Masing masing sibuk nak makan hehe :)
After makan, kitorang semua diwajibkan turun dalam air yang cetek tu! HAHA Sebab apa? Kitorang nak main gameeeeeeeeeeee! Gamenya aku dengen Faiz lah yang buat. Memang lawak lah masa game tu berlangsung. Kitorang dibahagikan mengikut group masing masing yang dah dicabut sebelum pergi lagi hihihi


Al kisahnya game tu macam soalan pasal perempuan, contoh macam pasal fesyen, hijabster dan macam macan lagi tapi soalan tu ditanya kepada lelaki dan begitulah sebaliknya. Group mana yang tak dapat nak jawab akan disembur dengan air oleh orang lain HAHA

Semasa briefing game 
Game oleh aku dengan Faiz hihihi tapi Faiz yang main characternya hihi
Haih nak susun dalam group pun kecoh hahaha

So bayangkan macam mana masing-masing semua basah sebab seronok duk main sembur sembur air, even jawapan salah atau betul


Game kedua pulak, pasal kena figure action. Sorang ahli diberi satu kertas mengandungi action yang kena buat dan lakonkan kepada semua orang dan orang terakhir kena teka apa figure action tue


Masa ni sumpah lawak sebab masing-masing buat figure action dengan macam macam cara asalkan group member faham. Kalau salah, kena sembur air jugak hahaha Figure action yang kena lakokan tu pulak boleh tahan susah jugak weyh! Antara figure action kena lakonkan adalah :


  • Iron Man kena demam denggi
  • Bobo kencing merata-rata
  • Gajah melahirkan monyet
  • Ikan lumba-lumba menari Gangnam Style
  • Penari zapin kena sembelit
So bayangkan sorang sorang buat figure action macam ni dan semua orang gelak hahahah Lepas tu kitorang main game bola beracun yang ala ala true or dare. Sorang baling bola dekat seseorang dan akan ditanya soalan


Haih ~ soalan pulak memasing macam soalan mat rempit bak kata Nad HAHA Sebab apa? Soalan yang macam tak munasabah langsung. Contoh soalan 

  • Kau dah ada pakwe/makwe belum?
  • Kau suka siapa dalam kelas nie?
  • Apa ciri-ciri suami/isteri pilihan kau?
  • Kau ada crush dekat sesiapa tak?
Bila turn nak jawab tu, masing masing senyap je sebab nak tahu tapi lepas dapat tahu, masing-masing gelak dan kecoh nya macam hape hahahah :D Ada yang cakap "Alaa jawab je dengan jujur. Cerita sini habis sinilah!" esp part soalan yang suka siapa dalam kelas tue HAHAH Tapi Paan dengan lantasnya berkata "Ah tak ada tak ada! Cerita sini bersambung lepas nie!" HAHAH

Muka bahagia dapat sembur air dekat orang hahaha

Masa kena sembur air hahahah :D

Lepas dah main game semua, kitorang pun ansur-ansur kemas barang dan pergi tukar baju. Cuma satu je lah yang tak berapa best sangat sebab tempat nak tukar baju macam tak ada. Orang lelaki senanglah cuma yang perempuan macam susah sikit sebab tandas diorang macam senang orang nak intai dan ada sarang lebah. End up, kitorang semua singgah surau terdekat dan tukar baju


Oh ya, kitorang pun ada game pertukaran hadiah. Masing-masing wajib ada hadiah dah cabut undi untuk tentukan sape dapat hadiah hahahah lepas tu, yang paling lawaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada yang duduk satu rumah, dapat hadiah dari housemate sendiri! HAHA So macam tak syok lah kan ~ hehee

Masing masing dengan hadiah hehe :)
Sedang mengemas ngemas

Entah macam mana entah kan, dalam duk tunggu masingmasing sudah tukar baju, dapat pulak idea nak main boling! HAHA Aku on je, apatah lagi yang lain. So moh lah kita semua pergi main boling pulakkkkkkk!

Muka dah penat tapi sanggup nak turun p main boling pulak! HAHA

Main boling ni masa mula-mula main semuanya bola ke longkang je sampaikan Faiz cakap "Game ni strike semasa masuk longkang" HAHA Kebetulan pulak, geng geng Annas pun ada sekali sebab diorang tengah training untuk Bowling Tournament anjuran CASS. So berderat kitorang 3 lane dengan kecohnya macam-macam suara dan gelak ketawa

Antara yang main dan tengok orang main boling hahah
Pemain dan suppoters boling hahaha
  
Aku tak tahu lah mcmana boleh terjadi kes atas nie hahahhaa
So lepas kitorang main boling, masing masing balik sebab memang dah penat dah. Yelah sebab seharian kot duk gunakan tenaga. Dari awal pagi sampai lewat petang kan? Aku pulak, after main boling, pergi dinner KFC dan terus balik. Punyalah penat kan, aku sampikan tertidur kejap dalam kereta


Begitulah ceritnya ; Classmates Day Out kami di Jeram Toi. Memang having fun betul lah ~ penuh dengan gelak ketawa jeee. Gelak tak hengat dunia sampaikan masa main boling tu, aku dah kena migrain dah sebenarnya sebab hyper sangat kot ~ 

My classmates :)
Kepada classmate aku semester ini, BA 5D ; terima kasih korang untuk moments ni. Korang memang superb dan terbaik sangat! Memang terbaik sebab dapat classmates macam korang, yang heaven dan giler giler betul, perangai sorang sorang macam hantu. Kepada yang tak dapat join kitorang masa nie, takpe. Nanti next time kita buat lagi okay :)


p/s : kesannya, aku demam sebab panas sejuk panas sejuk kot ~ 

You May Also Like

0 comments