Hargai Ibu Bapa Anda :')

by - Monday, March 12, 2012


 Assalamualaikum


Sekarang ini semua kecoh, pasal seorang anak meninggalkan ibunya di hotel. Dan aku sendiri baca berita itu, melihat gambar ibunya yang lumpuh yang menangis bila sedar yang anaknya dah tinggalkan dia kat hotel. Sebak rasa dada bila tengok gambar ibu tersebut


Semoga Allah swt merahmatimu selalu, wahai ibu :')


Petang tadi, melihat satu video, kisah seorang anak yang tak selesa denga keadaan ayahnya yang bisu dan pekak, yang malu diejek oleh kawan-kawannya kerana keadaan ayahnya. Dan sampai satu tahap, kita dapat lihat bagaimana anaknya tersebut menyisihkan ayahnya


Sampailah satu tahap, di mana dia kehilangan darah dan perlu bekalan darah serta merta. Di sini, kita dapat lihat bagaimana bimbangnya seorang ayah terhadap anaknya yang bertarung antara hidup dan mati, beria-ria menyuruh doktor mengambil darahnya dan mengambil semua hartanya termasuk rumah untuk membayar kos perubatan asalkan anaknya hidup


Menangis teresak-esak aku tengok video tue :'(




Ketika masih kecil, kita dijaga dengan penuh kasih sayang. Disuapnya makan, dicium berkali-kali. Masuk tadika, ibu dan ayahlah yang paling turut melayan kehendak kita. Nak beg ada gambar Power Rangers, dibelinya kita. Nak pencil box gambar Barbie Princess, dibelinya juga.


Masuk Darjah 1, ibu ayahlah yang setia menunggu kita di luar bilik darjah. Memerhatikan sambil tersenyum dengan harapan senyuman tersebut dalam mengurangkan gelodak di jiwa kita. Balik dari sekolah, dihidangkan terus dengan makanan kegemaran kita dan malamnya pula, didodoikan kita supaya tidur awal untuk bangun pagi keesokkan paginya


Masuk sekolah menengah, ibu bapa sering cuba untuk mendekati kita. Tapi kita selalu cuba menyalahtafsirkan semuanya itu sebab kita anggap kawan kita adalah terbaik ketika itu. Bergaduh dengan ibubapa takpe, asalkan dengan kawan tidak. Sampai begitu sekali ye?


Melangkah ke alam universiti pula, jauh dari keluarga. Semakin hari, kita baru tahu betapa tingginya nilai keluarga dalam hidup kita. Sampai satu tahap, kita pasti akan menelefon mereka dan bertanya khabar berita mereka sebab kita nak tahu apa perkembangan terkini mereka. Dan aku percaya, kalau kita cakap kita nak pulang ke rumah pada hujung minggu, ibu ayahlah yang paling gembira sekali kan? :')


Habis universiti, kita melangkah ke alam pekerjaan. Masa kita bersama ibu ayah pun semakin terhad. Kalau pulang ke rumah pun, hanya sekejap sahaja kerana tuntutan kerja yang terpaksa kita kejar. Lalu, semasa kita masuk ke dalam kereta untuk pulang ke ibu kota, berapa ramai yang sedar yang air muka ibu bapa kita pasti berubah kerana terlalu rindukan kita untuk berdamping dengan mereka lebih lama?


Sampai satu masa, kita akan terima satu panggilan. Panggilan yang paling kita tak sangka. Panggilan yang pasti diakhiri dengan tangisan. Panggilan yang pasti akan menyebabkan kita teringat dengan ibu bapa kita. Dan yang paling mengharukan, kita sendiri tidak ingat, bila kali terakhir kita bercakap dan berjumpa dengan ibu bapa kita. Sedih bukan? Panggilan itu ; Ibu bapa kita sudah tiada. Apa yang dirasakan ketika itu?


Dan kita mula sedar, atas kepala ibu dan ayah kita yang dulunya hitam berkilat, kini sudah bertukar putih dan menipis. Kulit yang dulunya tegang dan cantik, kini sudah bertukar kedut seribu dan kurus melidi. Jalannya dulu yang penuh dengan gagah dan lemah lembut, kini berjalan dengan menggigil-gigil dan terbongkok-bongkok.


Melihat raup wajah ibu bapa kita untuk terakhir kali, pasti akan meruntun hati sesiapa sahaja. Siapa yang tidak sedih bukan? Orang yang paling delat dengan kita, yang menjaga kita dari kecil sehingga besar, akhiranya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Hanya kenangan sahaja yang mampu bermain dalam minda

Bila kali terakhir kita suap ibu bapa kita makan? Bila kali terakhir kita teman ibu bapa kita pergi klinik? Bila kali terakhir kita teman ibu ayah kita pergi jalan-jalan? Bila kali terakhir kita makan satu meja dengan ibu ayah kita? Bila kali terakhir kita teman mak ayah kita pergi beli barang-barang dapur? dan bila kali terakhir kita cium dan peluk ibu ayah kita?


Sedih bukan? Tapi itulah realitinya. Kita tak mampu melawan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tapi apa yang kita mampu buat adalah berusaha untuk memperbaiki hubungan kita dengan ibu bapa kita. Cuba untuk menjaga hari mereka, cuba untuk dekat dengan diri mereka.


Bayangkan satu hari nanti, bila kita membuat panggilan yang selalu menghubungkan mak ayah kita, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan kerana kita tahu, ibu bapa kita sudah menyambut panggilan dari Allah swt


*crying. I miss my mama and ayah so much :'(


 

You May Also Like

2 comments