Aku Pada Hari Ini

by - Sunday, May 15, 2011



Salam. Hari ini aku ceritakan sedikit pasal apa dah jadi dengan aku. Eh eh ~ Jangan bimbang. Aku cuma pergi menghiburkan hati sebentar, bukannya buat apa-apa pun :) Aku masih waras


Tengahari bertolak ke Dungun. Jumpa dengan adik aku, Hakim. Mak aku dah nak balik ke Sabah, hujung minggu ini. Sebab tu mak aku pergi Dungun hari ini. Dan adik aku pulak mintak mak aku masak Laksa Johor untuk die. Katanya, rindu nak makan Laksa Johor mak aku buat :)


Demi kasihkan anak, mak aku pun buat :) Masakan mak aku adalah yang paling sedap sekali kat dunia nie


Mak aku bawak Laksa Johor banyak giler sebab adik aku cakap die nak makan sekali dengan kawan-kawan die. Pergh ~ Mau dekat berbelas-belas jugak lah kawan-kawan adik aku tadi. Lepas tu, kitorang lepak-lepak sambil berborak-borak. Seronok jugak berborak-borak dengan kawan-kawan adik aku :)


Lepas tu rush to Mesra Mall. Sebab apa? Sebab nak jumpa Cik Mimi, Epy and Aiman ! :D Kebetulan dorang turun MM sebab nak jalan-jalan. So pergilah kitorang. Hehe


Sampai-sampai je, aku pergi amik duit dan jalan-jalan dalam MM sorang-sorang sebab mak aku dan adik aku pergi beli barang-barang sikit. Aku malas lah nak follow sebab aku nak hiburkan hati nie. Hehe


Lepas tu masuk Popular. Memang dah jadi habit aku mesti WAJIB singgah ke kedai buku walaupun tak beli apa-apa pun. Haha :D


Masuk je Popular, mata aku terus ternampak buku ini hah,


terus aku teringat cakap salah seorang akak di group Cinta Hati Sang Pelaut, die suggest dekat aku buku ini best. Soooo hmm aku belek-belek je lah ~ Yang aku jumpa tu yang BM punya version. Akak kat Popular cakap, yang BI punya dah habis -.-


Aku pun macam tak nak beli sebenarnya. Lepas tu bila dah TERbaca isi kandungan die, aku macam "eh eh ~ best jugak nie" aku pun beli lah ~ Lagipun dah lama dah aku tak beli buku-buku yang boleh aku baca :)


Then makan dengan mama, Cik Mimi, Hakim, Epy dan Aiman. Aku just makan Sausage Set yang orang makan time breakfast masa tengahari buta sebab aku tak ada selera -.-


Lepas tu masuklah bahagian boling kat MM tu kan? Tengok-tengok orang main boling, sekali adik aku nak main pool. Eh eh ~ Macam best je kan? Sebab aku tak pernah main pool sebelum ini so aku rasa macam nak try lah jugak kan main pool tue. Hehe


So aku, Epy, Hakim dan Aiman mainlah. Mula-mula nak main satu game je. Satu game RM 3 je. Aku try lah main. Diorang semua ajar aku main sebab diorang dah terror dah main ! Aku ni 1st time try dan main. Haha ;D So macam excited lebih sikit nak main. Haha ;D


Mula-mula nak main satu game tapi entah entah macam mana entah, dah terlanjak sampai dua game padahal nak kena hantar adik aku masuk hostel sebelum pukul 6 sedangkan masa tu dah pukul 5.45 petang. Haha ;D Best jugak main pool tadi :)

1st game Aiman menang dengan 5 bola dia dapat masuk and 2nd game Epy menang dengan 6 bola dapat masuk. Aku? Aku dapat DUA je untuk kedua-dua game. Haha ;D Eh kira ok lah tue kan? Hehe ;p


Lepas tu kitorang berpisah dan balik. Cik Mimi, Epy dan Aiman balik Kuantan dan kitorang balik ke Dungun sebab nak hantar Hakim. Sedih je sebab terpisah kat tengah-tengah jalan raya. Haha :D


Lepas je hantar Hakim, aku yang drive ke KT. 1st tima drive waktu malam. Ok scary gilerrrrrrr -.- Dah lah keadaan mata aku yang macam tak berapa nak nampak nie dengan lampu-lampu kereta dari arah bertentangan lagi -.-


Dan sekarang baru aku tahu kenapa parents aku tak suka travel malam dan sekarang aku tertanya-tanya macam mana lah orang yang drive malam bawak kereta? Tak silau mata ke cik abang, cik kak oiii? -.-


Dah lah ~ Aku nak baca Men are from Mars, Women are from Venus :)



You May Also Like

0 comments