Persoalan Yang Perlukan Jawapan

by - Friday, April 16, 2010



Salam.

Betul ~ Life is confusing ~

Aku tak tahu nak masuk matrix ke tak. Mak dan ayah aku cakap "..Terpulang kepada Sara nak buat keputusan.." Masalahnya aku sendiri tak tahu apa keputusan aku.

Kalau aku masuk matrix, aku akan belajar sekali lagi semua subjek Sains, which means Im not good enough on those subject. Dah lah tak minat, kalau aku teruskan jugak ~ Aku takut aku kena tendang dari matrix je nanti. Kang tak pasal-pasal aku meroyan kat sana sebab tak sanggup nak teruskan lagi. Dah lah hidup kat matrix tough giler ~

Kalau aku masuk matrix, aku struggle betul-betul, menghadap buku 24 jam dan mengamalkan konsep 'hiburan sifar', Insyallah ~ aku akan dapat pointer tinggi. Dan lepas tu aku terus boleh sambung ke ijazah perundangan. Dalam masa beberapa tahun je aku dah dapat ijazah dan boleh masuk ke alam pekerjaan.

Kalau aku masuk matrix, dan kebetulan aku dapat kos Diploma Pentadbiran Awam di UiTM, boleh ke aku keluar? Cikgu aku cakap "..No hal.." Tapi Perlis, Terengganu dan Sabah bukannya satu jarak yang dekat. Mengambil banyak masa dan pengeluaran wang yang sudah semestinya lebih dari RM2000. Mana nak cekau duit? Duit nuffnag aku pun baru RM19.95 ~

Kalau aku masuk matrix, maknanya aku kena lah balik ke Terengganu balik. Dan itu bermakna tempoh aku nak duduk kat Sabah ini tak lama lah seperti yang aku harapkan. Aku nak habiskan masa aku dengan mak dan ayah aku memandangkan sebelum ini dah 2 tahun aku tak duduk sekali dengan ayah aku. Kesian kat mak aku ~

Kalau aku masuk swasta, macam mana? Kos untuk 3 tahun dah RM15 000. Aku ada apply kat Kolej Universiti Islam Melaka dalam kos Diploma Undang-undang dan Syariah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam nak masuk swasta. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku jadi buntu.

Kawan-kawan aku semua nak tunggu asasi. Aku ada apply asasi sains hayat dan fizikal di UIAM sebab asasi perundangan aku tak lepas. Tapi mampu ke aku dapat dengan results SPM aku yang hanya 4A je sedangkan kat luar sana beribu-ribu orang yang dapat straight A?

Kalau aku tak pergi matrix, macam mana? Kalau aku tunggu UPU dan alih-alih aku tak dapat, macam mana? Kalau aku tunggu UPU dan dapat kos yang aku tak nak macam mana? Aku nak sangat-sangat sambung pelajaran dalam perundangan.

Ada sesape boleh tolong aku?
Tolong tenangkan hati dan perasaan aku.
Tolong bagi kata-kata semangat kat aku.
Tolong leraikan kekusutan dalam otak aku.
Tolong happykan aku.
Tolong bagi idea dekat aku.
Dan yang penting sekali, tolong bagi bahu korang dekat aku sebab aku rasa aku nak nangis T_____T


You May Also Like

28 comments