[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, May 28, 2017

Promo #Raya2017 di IG Begkite

Assalamualaikum wbt


Just a quick update okay?


Sesiapa yang nak dapatkan clucthes atau bag yang boleh tulis nama sendiri -- boleh terus jenguk ke IG @begkite okay? Sebab kualiti beg yang tinggi, senang di pakai dan mudah dibersihkan (guna tisu basah dan lap-lap pun okay?) dan sangat-sangat sesuai kalau nak dijadikan hadiah untuk yang tersayang :)


Serius -- you gais kena p singgah ke IG @begkite untuk tengok dengan lebih lanjut pasal collection bags yang aku jual ni :)

3D Perspec Clucth -- PinkGold

3D Perspex Clutch - BlackGold

3D Perspex Clucth -- WhiteGold


3D Perspex Clutches ni memang famous di kalangan bakal pengantin yang nak berkahwin sebab diorang banyak nak jadikan barang hantaran diorang. 


Oh ya, aku lupa nak bagitau. Yang istimewanya bag-bag yang aku jual ni adalah -- korang boleh customize bag-bag korang ni dengan letak nama korang! Wow! Memang konfemlah lebih bermakna sebab yelah ~ dah nama korang sendiri yang ada di bag tu kan? :)



Totes Bag, Clutches dan Mini Pouch :)

Limited Edition of Totes Bag

One of my customers dengan perspex clucth beliau.
Thank you so much Shiera! :D

Other designs for 3D Perspex Clutches

Angle Mini Tote - bersaiz mini yang didatangkan dengan tali panjang :)

Perspex Clutch

Perspex Clutch 

Designs yang lain untuk Perspex Clutch

Eh designs yang lain jugak! :D

Baiklah ~ sempena Hari Raya ni, order akan dibukak sampai 8 June 2017 sahajaaaaaa! Sebab nak make sure semua bag-bag dapat di hantar dan diposkan ke rumah anda before Hari Raya ni. So apa lagi, lekas-lekas lah order! Masih tak terlambat lagi nak submit order ni! :D


Whatsapp 019-9799117
Dannnnnnnnnnnnnn sempena Hari Raya ni jugak, aku akan buat promotion #Raya2017! :D Wowowowoowwo! Siapa yang tak suka promo kan?! Hahahah I know it! :D


Promotionnya adalah -- setiap pembelian mana-mana bag dari IG @begkite, anda akan dapat Free Postage to SM dan RM 5 to SS! :D Oh myyyyyyyyy ~ Yes yes! 

Yes yes!
So apa tunggu lagi! :D Cepat-cepat whatsapp 019-9799117 untuk order okay? Kalau sesiapa yang order after 8th June, bag anda akan di hantar selepas Hari Rayaaaa so bear with it okay! :D


Kalau nak tengok other designs lagi, boleh jenguk-jenguk di IG @begkite okay? muah xoxo



Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Bortak Takes Port Dickson

Assalamualaikum wbt


Macam biasalah ~ suka plan benda-benda yang spontan dan terus boomm ! terus jadi hahhaa


Al-kisahnya ada satu hari tu aku borak-borak dengan Faizah, Lisda dan Angie dalam group Whatsapp sambil diperhatikan oleh Hani yang kini berada di Russia. Somehow entahlah ~ macam mana entah boleh pulak si Lisda ni book hotel dan semua orang macam "yeeeeeeeeee book je!" 


Lepas tu macam baru sedar, Oh My God, this crazy plan is getting serious so kenalah pergi hahahhaha Its a spontaneous trip okay? Memang tak adanya nak plan. Semuanya bermula dengan Lisda dan okay okay ~ Maka bermulalah kami semuaaa mengira berapa hari nak p Port Dickson hihihi


So Sabtu pagi tu aku jumpa dengan Angie dulu dan kemudian kami gerak sama-sama ke PD dengan Faizah. Faizah dah siap bawak semua barang-barang nak BBQ, dengan tikar semua. Pukul 1 kena ada di sana, kata Lisda lah tapiii tu lahh, kita hanya mampu merancang, sebab...


Lisda yang dari Melaka dah sampai ke Segamat Johor, HAHHAHAHAHHAHAHA Semuanya sebab kes miscommunication, dan dia pun terus je memandu kereta ke Johor. Sedar tak sedar, dia dah sampai ke Pagoh. Masa tu kitorang bertiga dah sampai PD so kami pun bersnap-snap gambar dulu lah ~ heheheh Sambil tunggu Lisda. Lambat jugak Lisda sampai petang tu, around pukul 3, nak dekat-dekat jam 4 baru sampai. Alhamdulillah, yang penting semua selamat

Cuaca di PD masa tu sangat superbbbbbbbbb untuk amik gambar! 
Finally sampai punn -.-
Kena paksa baring atas katil sebab nak bergambar
So check in dan terus ke mana? Yes, makan dulu! Sebab kami semua tak makan tengahari! Late lunch betul -.- Lepas makan barulah ada semangat nak borak hahahah Kalau tak, senyap je memasing sebab lapar hihihi

Makanan kami petang tue, Alhamdulillah, memang sedap!
Lepas je makan, balik hotel tukar baju dan ke kolam renanglah kita menyelam! Sebab malas nak mandi pantai. Sorang demam, sorang tak nak sunburn, sorang nak jaga kulit. Ye yeeee, mandi kolam je lah hahhahaha Sampai lewat petang jugaklah kitorang berenang, eh tak -- bukannya berenang sangat pun sebab lepas tu kitorang amik gambar (baca : super duper banyak) berlatar belakangkan sunset gituuhh  ~ hehehe

Mandi kolamm hhehehhe
Kitorang aim nak dapatkan bangau pink tu tapi tu lah ~ tak dapat -.- 

Dah dah -- naikkkk !
Hihihihihi
Cantik kan?
So naik je hotel, tukar tukar baju then gerak ke tepi pantai sebab kami nak BBQ. Masa nak nyalakan bara api tu, hahahah Masha Allah memang menguji kesabaran betul lah ~ Macam-macam cara buat, aku rasa mau dekat sejam kitorang habiskan masa dengan nak nyalakan bara api tu hahahah Tapi end up Alhamdulillah, barulah okay :)

Orang pakar BBQ
Lantaklah api tu menyala, yang penting kena bergambar
Makan kami malam tu :)


Then after BBQ tu, kitorang just lepakkkkkkkk je tepi pantai, aku dah siap-siap baring dah dekat atas tikar tue. Masa ni barulah kitorang betul-betul borak pasal masa depan, pasal kerja, pasal pasangan, pasal keluarga -- pendek kata update dengan diri sendiri :) 



For me, that night wast the highlight of my weekend getaway dengan diorang sebab bagi aku, nak jumpa dan berkumpul pun susah so sekali kalau dah jumpa, memang akan ceritakan semua benda, share stories. Aku tak perlukan nak pergi jauh-jauh, tak perlu nak buat aktiviti yang penat -- I just need a heart-to-heart talk yang boleh bagi semangat, yang boleh legakan perasaan yang kita duk pendam selama nie. Kebetulan pulak malam tu ada pasar malam, so memang ramai orang dekat pantai tu, dengan ada yang berpicnic macam kitorang so takadalah takut sangat ke apa kan? 


Balik je hotel, masing-masing terus terbongkang tidur. Bangun tak bangun agak lewat jugak lah ~ Okay yang ni kelakar hahahhaha Kitorang duk borak-borak lepas tu macam "Weh jom makan!" So dengan tak mandi, masing-masing keluar je pergi cari kedai makan. Aku nak bawak diorang makan satu kedai mee kari dekat PD yang sedap tau tapi tu lah ~ tutup pulak! -.- Adoi so kami pusing-pusing sampai dekat pukul 11 pagi weyh -.- End up balik je hotel, tak makan papeeeeeeeeeeeeee sebab fikir jam 12 nak check out

Tak mandi pun cantik. Kalau dah mandi?
Sekali masa dah nak balik tu, nak check out tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, tetiba Lisda cakap "Ni ada kupon breakfast ni!" dan yes yes yes ~ maka semua orang bising macam apaaa dalam bilik sebab cuai sangat memasing tak nampak kupon breakfast tu! Hahahhahahaha Subhanallah ~ sumpah weh, perangai sorang-sorang masih tak berubah. Siapa yang kenal kitorang dari Diploma, memang dah boleh bayangkan bila kitorang bising macam mana -.-


Tapi tu lah ~ dah nasi menjadi bubur, pisang dah jadi cekodok -- maka check out je lah macam biasa walaupun sedih tak dapat makan! Hahahahhaha Perut lapar weyh hahhahaha Nasib baik Faizah bawak Mee Sedap Goreng tu, so sementara siap-siap, makan je tu dulu buat alas perut hahahah

Bag percutian kali ni ditaja oleh Faralizza Ahmad, thank you Fara!
Hihihihii


Dengan Lisda, siapa nak buat photobook dengan harga serendah RM 40,
boleh contact dia dekat IG @@atrium.photobook
Eh cuaca cantik macam ni haruslah feeling feeling 
Berapa bintang yang Nora nak bagi dekat gambar nie?
Kitorang paksa brother ni amik gambar kitorang hahahahha
Tu lah sape suruh duduk tepi kolam sorang-sorang, memang kenalah hahahhaha
Nasib gambar cantik hihihihi

Balik je lah,, 

Eh eh ada gambar lagi hahhaha
Tapi memandangkan masa tu macam awal lagi, so kitorang p lunch sama-sama then lepas tu lepak dekat Bandar PD sampailah jam berapa entah then say byebye to each other :) 


It was a nice spontaneous trip with full of laughter and yes -- laughter. Hahhaha Apa yang aku boleh cakap, perangai tu masih tak berubah since tahun 2010, walaupun dah besar tapi ada lagi sifat kanak-kanak tu dalam diri. Alhamdulillah for this wonderful friendship where we dont always contacted to each other but when we do need something, there always be us.  

Semoga suami dan anak-anak kita pun boleh jadi geng macam kita
HAHHAHA

Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / begkite
Twitter : @mysaranewrie

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts